Content feed Comments Feed

Pengenalan

Posted by ridhwan Wednesday, December 2, 2009

Kembara Sufi merupakan konsert nasyid anjuran bersama Kelab Media dan Teknologi UTP (MEDTECH) dan Rakan Masjid (RM) yang menampilkan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal
tanah air. Program tahunan ini memberi satu wadah untuk mendedahkan warga kampus tentang aliran nasyid terkini yang merupakan alternatif hiburan berlandaskan syariat Islam.

Objektif:

1. Menjadikan nasyid sebagai satu alternatif hiburan yang berlandaskan syariat Islam untuk masyarakat kampus Universiti Teknologi PETRONAS dan warga penduduk di sekitarnya, yang dapat mendidik jiwa para pendengar ke arah nilai – nilai murni.
2. Membolehkan para pelajar kampus dan warga penduduk sekitar mengenali artis – artis nasyid tanah air dengan lebih dekat.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar, staf dan kakitangan, dan warga penduduk di kampus dan kawasan sekitar melalui aktiviti yang dijalankan.
4. Memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya ahli jawatankuasa penganjur untuk mengendalikan aktiviti – aktiviti persatuan sekaligus melahirkan pelajar – pelajar yang berkebolehan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

0 comments

Post a Comment

jam

INFO Solat Zon Perak

Jejom Follow Kami